CATATAN HARI KETIGA: LAWATAN SEKITAR KOTA LONDON

Aktiviti hari ini bermula dengan lawatan ke Kensington Palace. Kensington Palace merupakan tempat tinggal kerabat diraja keturunan Britania Raya sejak abad ke 17. Kediaman ini pernah didiami oleh Puteri Diyana, Princess Margaret, dan Princess Alice. Kerabat terakhir yang menggunakan kediaman ini adalah King george II dan isterinya Queen Caroline. Setiap ruangan di kawasan istana dan halaman istana di dekorasi oleh pelukis terkenal. Tempat ini menjadi tarikan pelancong dan kawasan wajib yang akan dikunjungi oleh pelancong yang datang ke London kerana nilai sejarah dan seni bina yang unik yang terdapat di kawasan itu.

Selepas itu kami ke Hyde Park yang berdekatan dengan Kensignton Palace. Jarak antara kedua tempat ini hanya dengan berjalan kaki selama 5 minit. Di Hyde Park ini terdapat Queen Victoria of Statue. Queen Victoria pada masa dahulu pernah memerintah England  dari tahun 1837 hingga 1901. Zaman pemerintahan beliau adalah puncak kemajuan sosial ekonomi dan teknologi. Suami Queen Victoria bernama Albert. Suami beliau telah mati kerana satu penyakit. Lalu Queen Victoria membina patung berwarna emas sebagai tanda peringatan kepada suaminya. Berhadapan dengan binaan berkenaan, terdapat binaan yangh bernama Central Hall of Art and Sciences yang mana telah dibuka oleh queen Victoria pada ytahun 1871 yang mengumpulkan para seniman yang terkemuka di dunia. Namun, setelah kematian suaminya, dewan ini telah diubah namanya menjadi Royal Albert Hall of Arts and Sciences sebagai peringatan kepada suaminya yang telah meninggal. Seniman terkenal di Malaysia iaitu Siti Nurhaliza juga pernah  mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall sempena  ulang tahun ke 10 pembabitan  Siti di industri  muzik Malaysia .

Setelah berjalan di Hyde Park , kami berjalan kaki menuju ke Imperial College London. Kolej ini merupakan salah satu institusi akademik  yang berprestij  di London. Majoriti pelajar di sini terdiri dari pelajar  antarabangsa. Bidang yang  disediakan  adalah berfokus kepada sains, kejuruteraan  dan perubatan. Kami dibawa oleh kenalan baru kami yang bernama Andrew Setiawan, yang baru berkenal di stesen Tube ketika perjalanan  dari Airport  ke tempat kediaman . Andrew  merupakan  pelajar  Phd dalam bidang kejuruteraan . Beliau membawa kami berjalan di sekitar dan menerangkan  infrastruktur bangunan ini.

Selesai melawat kolej tersebut , kami turut berpeluang  untuk mengunjungi sains muzium . Dalam muzium sains terdapat sejarah binaan teknologi  dari  zaman kemunduran zaman kemajuan. Di situ kita boleh melihat  keunikan ciptaan manusia, di samping kebesaran ciptaan Allah dalam sesuatu  perkara.
Selain daripada Muzium Sains, kami juga sempat melawati Muzium British. Muzium ini mengumpulkan aset sejarah dan kebudayaan manusia dari semua benua, salah satunya adalah dari benua Asia.Terdapat lebih daripada 3 juta baranngan terkumpul disini. Satu hari bukanlah masa yang cukup untuk menghayati setiap satu khazanah yang dipamerkan. Khazanah yang tersimpan ini merakamkan perkembangan tamadun dunia yang mengalami pelbagai perubahan dan mempunyai kisah yang tersendiri.

Perjalanan kami pada hari ini berakhir dengan lawatan ke bangunan yang merupakan mercu tanda Kota London, iaitu Tower Bridge yang berdekatan  dengan Tower of London . Tower Bridge adalah jambatan yang membentang di atas sungai Thames di London. Jambatan ini menggabungkan dua jenis bentuk iaitu jambatan angkat dan gantung. Berdekatan dengan London Tower adalah Tower Bridge. Jambatan ini selesai dibangun  pada tahun   1894 dan merupakan  salah satu ikon Kota London. Jambatan ini dikelolakan oleh Bridge House Estates, sebuah lembaga amal dari City of London Corporation. (Sumber: Wikipedia)

Disediakan oleh:
Ummu Aiman Binti Hussin dan Wan Nur Izzati Binti Wan Rosli
24 Januari 2048, 01.00 am
Gallery Hyde Park, London, UK

Comments